PORT DICKSON: Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat ketika ini dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.
Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata ini kerana selain kerajaan Malaysia, Arab Saudi juga sentiasa memberi tumpuan dan penekanan dalam aspek keselamatan, termasuk kepada kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia.
Beliau berkata kerajaan Arab Saudi sebelum ini juga melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sangat baik, terutama dalam menangani pelbagai situasi termasuk konflik, ancaman wabak serta bencana.
"Jemaah haji jangan fikir terlalu jauh, tinggal beberapa minggu lagi untuk berangkat ke tanah suci, buatlah persiapan secukupnya dan apabila berada di sana tumpukan perhatian dan jangan terkesan dengan pelbagai khabar angin.
"Paling penting rujuklah TH jika ada sebarang permasalahan, insya-Allah TH akan bersama-sama para jemaah untuk menjalankan ibadah haji sepanjang di sana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH) 2024 di sini hari ini.
Syed Saleh berkata situasi di Asia Barat ketika ini juga dalam keadaan terkawal dan tidak memberi kesan kepada perjalanan umrah dan haji dari negara ini.
Dua hari lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dilaporkan berkata keselamatan jemaah haji sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dan TH, selain bekerjasama rapat dengan kerajaan Arab Saudi bagi memastikan kelancaran perjalanan para jemaah.
Syed Saleh berkata semua persiapan untuk ke Tanah Suci dengan penerbangan pertama membabitkan 284 peserta pada 9 Mei ini, dilaksanakan dengan baik termasuk penginapan, pengangkutan dan makan minum jemaah sepanjang di sana.
"Pada masa sama, petugas haji juga berlepas ke sana pada minggu ini untuk menyiapkan segala kemudahan seperti pejabat, klinik dan sebagainya bagi menerima kumpulan pertama jemaah," katanya dan menambah kesemua 31,600 kuota haji pada tahun ini telah diisi sepenuhnya.
Sementara itu, Syed Salleh berkata program EPIH hasil usaha sama TH dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), bertujuan memastikan setiap Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) menjalani pembelajaran berbentuk akademik secara sistematik, untuk membimbing jemaah haji di tanah Air dan Tanah Suci.
Program itu juga katanya bertujuan menjelaskan hukum-hakam ibadat haji dan umrah terkini berdasarkan isu dan masalah semasa.
Seramai 126 peserta termasuk dari PEKTA, guru agama daripada syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH), kakitangan TH dan USIM serta orang perseorangan, menyertai program EPIH yang diadakan selama dua hari bermula 20 April.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Syed Saleh (kanan) menjawab pertanyaan media pada Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji di Tasik Villa International Resort, hari ini. - Foto Bernama
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Cabaran sediakan 10 tan rempah untuk hasilkan empat menu demi penuhi cita rasa 31,600 jemaah
Sebanyak 10 tan rempah-ratus pracampur dihantar ke Mekah menggunakan jalan laut bagi kegunaan pasukan penyedia makanan untuk jemaah haji Malaysia.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Jemaah haji digalakkan kerap minum air, elak terdedah cuaca panas
Syed Saleh meminta jemaah dan petugas Tabung Haji supaya tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
Malaysia berisiko hilang keistimewaan jika berterusan langgar peraturan visa
Sekiranya ditangkap kerana menyalah guna visa pelancongan, ia akan mencemarkan nama baik dan imej Malaysia yang selama ini dipandang tinggi.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.
Haji: Fokus doa dan solat sunat ketika di Raudah, bukan sibuk mengambil gambar
Jemaah haji yang berpeluang menziarahi Raudah di Masjid Nabawi, dinasihatkan tidak terlalu teruja dan sibuk mengambil gambar.
TH sedia penginapan selesa, dekat masjid untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.
Haji 2024: Boleh undang stres, jangan pandang mudah cuaca panas
Cuaca panas di Tanah Suci dijangka mencecah 50 darjah Celcius tahun ini.
58 peratus jemaah haji Malaysia tahun ini kaum wanita
Daripada keseluruhan 31,600 jemaah haji Malaysia, 42 peratus merupakan jemaah lelaki.